Thursday, February 11, 2010

Cinta ke syurga

Cinta-muda-mudi. Jika perasaan cinta ini
wujud di antara dua insan yang telah
diijabkabulkan, tidak mengapa kerana
itulah yang sepatutnya berlaku. Tetapi,
di sisi syariat ia adalah suatu
kesalahan dan dosa sekiranya perasaan
ini disemai pada hati dua pasangan yang
belum lagi memiliki ikatan secara sah
sebagai suami isteri. Ikatan itu adalah
yang telah diharuskan syarak iaitu
khitbah – pertunangan (menuju ke arah
nikah) atau nikah – perkahwinan. Namun,
bercouple atau mengungkap irama cinta
sudah menjadi trend, gaya dan lumrah
dalam kehidupan muda-mudi hari ini.
Tidak mengira latar belakang dari
sekolah sekular, sekolah agama mahupun
sekolah pondok. Mengapa ini terjadi?
Mungkin salah tafsir bagaimana mahu
mencinta, siapa yang perlu dicinta, apa
yang sebenarnya dituntut dalam haq-haq
cinta dan persoalan yang pelbagai lagi
yang telah disalahtafsirkan oleh nafsu
yang dikawal oleh akal semata. Istilah
dan makna cinta itu pula hanya difahami
sebagai cinta kepada sesama manusia.
Sedangkan, dalam pencarian ilmu,
keharmonian, perpaduan masyarakat,
keindahan alam sekitar dan kesyumulan
deen (cara hidup) Islam itu sendiri
tidak dikaitkan dengan makna cinta. Oleh
itu kita perlu kembalikan hakikat dan
landasan cinta kita kepada arah yang
sebenar. Apabila perasaan cinta itu
telah diletakkan pada tempat yang haq,
barulah individu tersebut berlaku adil
pada diri dan Tuhannya. Bukan sahaja
kelazatan yang tidak terhingga
dinikmati, bahkan setiap perbuatan kita
untuk mengukuhkan cinta itu akan dinilai
sebagai ibadah di sisi Allah SWT dengan
syarat adalah ikhlas dan tidak melanggar
syariat Allah SWT disamping sandaran
yang haq bahawa mencintai sesuatu adalah
kerana mencintai Allah SWT. Ayuh,
mulakan langkah untuk mengenali cinta
hakiki. Jika sudah rasa terlanjur
mencintai yang tidak sepatutnya, jagnan
memaksa diri untuk menidakkan firtah
yang suci ini. Teruskan bercinta tetapi
perlulah ada kaedah pemurnian cinta yang
telah dipandu oleh syarak. Jangan bunuh
sifat itu. Kerana Allah menjadikan sifat
pada manusia adalah untuk mereka merasai
secangkir nikmat dari sebahagian besar
nikmat sifat Allah SWT yang Maha
Sempurna. Apakah caranya? Dua sahaja
caranya wahai insan! Iaitu engkau
berkhitbahlah (tunang)--->tapi kena
segera menuju arah pernikahan supaya
tidak timbul fitnah dan yang keduanya
teruslah bernikah (dirikan rumah
tangga). Jangan fikir banyak benar
halangan. Allah SWT berfirman; Bahawa
sesungguhnya bersama (selepas) tiap-tiap
kesusahan itu disertai
kemudahan/kesenangan. Jadilah kita orang
yang ‘yakin’ bukan sahaja ‘tahu’.
Wallahu taala a’alam. bijaksana dalam
fikiran, matang dalam membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment

Melayu, Islam & sekarang

pantang betul aku kalau dgr bab2 racist ni. lagi2 kalau berkait dengan agama ni. tak dicipta kepelbagaian beragama untuk bermusuhan sesama s...