Tuesday, October 25, 2011

Aku Maafkan Kamu

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan gagal dikesan
Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku timbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung

(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak

(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan..

Monday, October 3, 2011

Raja Sehari ...


konvoi bermotor dari Melaka

Alisya Jennifer Ow & Marzlan Omar

Hairy & Nuraslaf As

tgk tu...khusyuk berdoa agar dikurniakan anak...huhu

pedang & kek KLCC

haus...mnum jgn x mnum!
Akhirnya...masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba...perkahwinan serentak di antara hairy & nuraslaf dan marzlan omar & alisya jennifer ow...perkahwinan yang diadakan pada ahad lepas bertarikh 02/10/11 sempurna dijalankan walaupun terdapat kesalahan teknikal yang dialami sepanjang majlis dijalankan..yang besnye pasal perkahwinan ni ialah aku x semene-mene dilantik menjadi pengapit si hairi ni...hahaha...gelabah di buatnya...x pnah2 nak kipas org...ni nak kipas pengantin...hahaha...suke gile time tu...mcm aku lak yang kawin...tp pape pun...ucapan tahniah kepada sedara ku berdua...semoga berkekalan perkahwinan ini hingga ke anak cucu.salam.

Melayu, Islam & sekarang

pantang betul aku kalau dgr bab2 racist ni. lagi2 kalau berkait dengan agama ni. tak dicipta kepelbagaian beragama untuk bermusuhan sesama s...