Monday, May 17, 2010

'Muhasabbah'


"Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu...
Cekalkanlah hatimu wahai diriku........


Tuesday, May 11, 2010

Sri Pantai Beach Resort, Melawi

alhamdulillah...
lega rasanya berehat di pntai Melawi ni.rasa hilang segala tension, penat lelah aku sepanjang sem ni.kt sini mind aku rasa free sgt2 after mcm2 mslah yg x pnah nk brhnti kusutkan kepala aku, selesai walaupun x spnuhnya.kt sini semua benda buat aku brfikir.laut,pasir,malam,bayu..semua bermakna.entah bila masa aku akan tiba, masa di mana aku tak lagi brgntung dan mampu 'hidup'.



pntai Melawi ni mmg best.pmndangannya mmg cntik x seindah pntai Miami.pmndangan paginya sungguh tenang.bayu yg tenang mnghmbus manja.rasakan bagai dibelai dan dibuai sang purti salju.tp yg peliknya tak ada org pun kt tmpt ni.hanya org kg. dan sewaktu dgnnya.mana pergi org2 kita.duk sbuk2 negara org.negara kita x habis lawat nak lawat negara org.kan elok amik masa lawat tmpt2 tenang n pure mcm ni.ni x.balik2 genting..genting..genting......so typical.






''dapatkan puting kan menjadi bunga
  kiranya cuaca sering gerhana
  dapatkah kasih bersemi selamanya
  atau pun aku harus berserah kepadaNya,
  yang maha esa''

                                                      - Iklim -

Melayu, Islam & sekarang

pantang betul aku kalau dgr bab2 racist ni. lagi2 kalau berkait dengan agama ni. tak dicipta kepelbagaian beragama untuk bermusuhan sesama s...