Monday, January 25, 2010

Saturday, January 23, 2010

Sambutan Tahun Baru ???

ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya:-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar".

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran),

maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang: - UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam di malam yang gelap.

Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya, haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka??? 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno Domini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/ saya dan "Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai ".... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan." Nauzubillah .... Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab itulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu. Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31 Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukum nya ialah MURTAD. Nauzubillah.

Renung-renungkanlah...

Bad News..


How bad this week since it enter year 2010...
I thought that it will be a good year, but...hmm...
mAybe this is a task from God for us to be strong enough to go through...and I don`t think it would be easy for me to go it by myself...

Sunday, January 3, 2010

Perwakilan KONMAM 2010 !


dari kiri : Hadi(presiden), Ju, Izzani, Kamarul, Afiq, Farid, Lah
bawah : Asyraf, Yap


KONMAM 2010 !


Konvensyen Mahasiswa Melayu 2010 !
Telah berlangsung pada 2 Januari 2010 yang dihadiri oleh mahasiswa melayu yang terdiri daripada perwakilan-perwakilan mahasiswa di ipta-ipta seluruh semenanjung.Tujuan utama konvensyen ini diadakan adalah untuk mambincangkan masalah-masalah yang berlaku dikalangan mahasiswa-mahasiswa Melayu pada masa kini.Konvensyen ini telah dirasmikan oleh mantan PM, Dr.Mahathir bin Mohamad.Perkara-perkara yang dibincangkan di dalam konvensyen ini ialah seperti `ke mana hala tuju mahasiswa Melayu`,` kekurangan mahasiswa Melayu di ipta -ipta`,`politik mahasiswa Melayu` dan lain-lain lagi.Perbincangan mengenai Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) turut di ketengahkan dalam wacana tersebut.Dif-dif terhormat seperti Ibrahim Ali(ahli parlimen Pasir Mas) dan beberapa motivator terulung yang lain turut hadir pada majlis tersebut. Konvensyen ini berakhir dengan beberapa nasihat ringkas dari mantan PM yang menyarankan mahasiswa Melayu supaya mempunyai semangat berdaya saing dan tidak alpa di dalam kesenangan semasa belajar.

Melayu, Islam & sekarang

pantang betul aku kalau dgr bab2 racist ni. lagi2 kalau berkait dengan agama ni. tak dicipta kepelbagaian beragama untuk bermusuhan sesama s...