Rahim jatuh atau
Kekenduran Rahim atau Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim
jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini
biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim
pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran.
Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Jenis-jenis Prolapse Rahim
1. Bahagian atas/bumbung faraj
Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed)
Peringkat
1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak
menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan
dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear
Peringkat 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj
Peringkat 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.
2. Bahagian hadapan
Pundi
air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding
faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan. Kebiasaannya pundi
dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa
terjadi di kalangan wanita.
3. Bahagian belakang faraj
Sebahagian
dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh
di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan
ini dipanggil enterosele. Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk
satu benjolan di belakang faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil
rektosele.
Kemungkinan besar, kedua-dua
keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara
menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis, boleh
meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas pembedahan.
Ada
lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas
pembedahan histerektomi atas apa jua masalah. Ini mungkin mengambil masa
untuk berlaku setelah sokongan oleh otot-otot keliling dan bekas
jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah. Ia terjadi pada 15
peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan
masalah prolapse dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti
fibroid.
Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.
Gangguan perkencingan.
Ramai
wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan
menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula
kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing
khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang
menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah,
semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka
air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal. Keadaan ini
digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan
mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan
amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.
Gangguan hubungan kelamin
Oleh
sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang
memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka
kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual
mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan dan
kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami
mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran
bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi
diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.
Gangguan KesihatanDalam
kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim
terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam
menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman
menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka
panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada
pergeresan yang berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim
timbul daripadanya.
Apakah punca punca kejadian prolapse?
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya ‘prolapse’. Di antaranya adalah seperti berikut:
i) Faktor Baka
Setengah
wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara
mereka khususnya ibu, ibu-saudara atau nenek mengalami masalah yang
sama. Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka
menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada
peranakan. Kekenduran atau kelemahan otot dan tisu ini boleh juga
dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak
rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang dan
mencukupi dari segi semua zat seperti protin dan vitamin.
ii) Kurang Exercise
Proses
kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu
dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan
rahim. Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan
boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus jika seseorang wanita itu
mengamalkan gerak tubuh atau exercise untuk menguatkan otot-otot di
sekeliling faraj dan lantai punggung. Amalan exercise waktu hamil dan
selepas kelahiran adalah sangat penting untuk mencegah prolapse. Oleh
itu kelalaian atau tidak melakukan exercise ini adalah satu daripada
faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.
iii) Kehamilan dan Kelahiran
Kehamilan
dan kelahiran memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya
kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan
khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan
mendokong rahim. Kelahiran normal atau secara forceps atau vacuum memang
dianggap satu kecerderaan yang merosakkan ligamen-ligamen dan otot
disekeliling faraj. Sering-kali mereka yang melahirkan di rumah
mengalami kekoyakan tetapi tidak dijahit dan ini salah satu faktor yang
menimbulkan kelemahan atau kekenduran otot peranakan. Kelahiran yang
memakan masa yang lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang
memerlukan ibu meneran dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang
memerlukan kegunaan alat seperti vacuum atau forceps adalah
faktor-faktor yang mungkin menyumbangkan kepada berlakunya prolapse di
kemudian hari.
iv) Menopaus
Keadaan
menopaus atau kekurangan hormon samaada yang berlaku secara natural
iaitu ketika umur 50 tahun keatas, ataupun ekoran daripada pembedahan
oleh sebab-sebab penyakit yang mana ovari dibuang boleh menyebabkan
keadaan kekurangan hormon dan seterusnya menimbulkan kelemahan pada otot
dan ligamen peranakan. Proses atrophy atau kekecutan pada tisu, ligamen
dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolapse. Nyata sekali
prolapse yang teruk sering berlaku pada wanita-wanita yang berumur 60 ke
atas akibat daripada ketandusan hormon ekoran daripada menopaus.
Kegunaan hormon sebagai rawatan menopaus nyata dapat mengurangkan
berlakunya prolapse.
v) Tumbuhan Dalam Rahim
Pada
wanita yang mengalami tumbuhan seperti fibroid yang tidak menimbulkan
masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku dalam
umur empat puluhan ke atas ataupun selepas putus haid apabila otot dan
ligamen rahim telah lemah, mempunyai risiko berlakunya prolapse kerana
tumbuhan fibroid yang kecil juga merupakan satu tekanan kepada rahim
untuk jatuh ke bawah. Tetapi fibroid ini biasanya yang berukuran
besarnya adalah sederhana dan tidak melebihi saiz bola golf.
Pencegahan
Langkah
yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau
faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antara langkah-langkah
tersebut ialah:
Elakkan berdiri
terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke
atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga
mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
Melakukan
senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia
menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan
pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan
sakit belakang
Amalkan pemakanan yang
betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran,
buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih
15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
Rawatan
Sekiranya
masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi
untuk mengajar teknik senaman pelvik. Selain itu, pesari faraj iaitu
alat berupa gelang/donut yang terdapat dalam beberapa saiz boleh
digunakan untuk mengekang rahim dari jatuh.
Rawatan
pembedahan merupakan pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan.
Anterior repair-colporrhaphy adalah pembedahan yang dilakukan dari
bahagian hadapan faraj tanpa melibatkan insisi/belah di bahagian
abdomen/perut. Ia digunakan untuk membetulkan pundi kencing yang sudah
jatuh. Selalunya bius sepenuhnya atau bius separuh digunakan. Komplikasi
yang mungkin berlaku (tetapi jarang) adalah sakit ketika melakukan
hubungan kelamin, pundi kencing yang terlalu sensitif ataupun sukar
membuang air kecil.
Begitu juga dengan posterior
repair yang melibatkan pembedahan dari belakang faraj dengan komplikasi
yang lebih kurang sama dengan anterior repair. Selain itu, terdapat
teknik baru menggunakan pita khas tetapi agak mahal.
Rawatan
pembedahan untuk rahim yang jatuh adalah dengan cara mengeluarkan rahim
dari faraj dipanggil histerektomi faraj. Selalu juga, ketiga-tiga
prosedur tersebut dilakukan serentak kerana prolapse melibatkan bahagian
hadapan, belakang dan rahim sekali gus.